Tentang Kami
The THIRDFORCE telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Pertubuhan pada tahun 2015. Ia dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai kaum serta berbagai latar belakang.
Tema utama The 3rd Force adalah
Untuk mengajak semua berbuat baik
SEMENJAK THIRDFORCE ditubuhkan sehingga sekarang, ianya telah disertai lebih daripada dua puluh ribu sukarelawan dari dalam dan luar negara.
Mereka terdiri daripada para professional dalam bidang masing-masing, pelajar IPT, suri rumah, pengidap HIV serta kanser, tukang gunting rambut, pemandu teksi, doktor, jurutera, pemilik kedai kek dan sebagainya. Mereka semua adalah THIRDFORCE – bantuan ketiga selepas kerajaan negeri dan pusat.
Peserta THIRDFORCE juga terdiri dari pelbagai bagsa – kaum Cina, India, Iban, Dayak; dan juga dari pelbagai agama – bersatu hati dan bersama-sama dalam menyokong usaha ini.



BAGAIMANA THIRDFORCE BERJALAN
Para sukarelawan ThirdForce mencari dan mengumpulkan dana dengan cara mereka tersendiri. Secara umumnya, sukarelawan ini pada peringkat awal akan menghubungi THIRDFORCE untuk mendapatkan maklumat di mana dan kepada siapa bantuan diperlukan. Setelah itu masing- masing akan pergi sendiri kepada individu atau kawasan terbabit untuk menghulurkan bantuan. Ada juga yang mewakilkan THIRDFORCE untuk melaksanakan tanggungjawab.
KEPERCAYAAN
Semua ini dijalankan di atas dasar kepercayaan dan kasih sayang, serta iltizam yang sama iaitu untuk mempercepatkan bantuan tanpa banyak protokol dan birokrasi. Secara langsung aktiviti ini menggalakkan penyebaran kasih sayang dan mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni. Ada juga di antara sukarelawan yang bekerja sepenuh masa tanpa gaji, dengan mewakafkan tenaga sebagai ‘saham akhirat’ mereka. Mereka bersatu hati permudahkan kerja kebaikan dalam menolong golongan asnaf dan sesiapa sahaja yang memerlukan dengan memanfaatkan wang gaji, keuntungan perniagaan serta wang simpanan.


SEBAGAI PENGHUBUNG
The THIRDFORCE merupakan penghubung di antara mangsa/asnaf dengan agensi kerajaan. The THIRDFORCE membantu agensi kerajaan negeri dan pusat bertindak dengan cepat dan efektif. Ia juga berfungsi sebagai pemudah cara dan pressure group.
Tidak mengganggu ekosistem masyarakat
The THIRDFORCE percaya dengan konsep ‘tidak menganggu ekosistem’ masyarakat. Contohnya, jika penerima bantuan masih ada ahli keluarga yang lain, jiran atau saudara mara maka mereka ini yang dipertanggungjawabkan dahulu untuk membantu. Jika sudah tidak ada sesiapa yang boleh menolong, maka The THIRDFORCE akan cuba membantu sebaik yang mungkin, dengan berpandukan falsafah ‘bukan hendak selesaikan masalah tetapi sekadar membeli saham akhirat masing-masing’.
Jenis-jenis bantuan
Bantuan diberi dalam bentuk wang ringgit, tenaga ataupun doa.
PEngurusan
Pengerusi
Raja Shamri Bin Raja Husin
Timbalan Pengerusi
Mohamed Safuan Bin
Mohamed Salehan
Setiausaha
Muhamad Ali Bin Mohamed
Timbalan Setiausaha
Wan Hafizullah Bin Wan Jusoh
Bendahari
Muhammad Ridzuan Bin Mohamed Said
Ahli Jawatankuasa
Muhamad Fariq Bin Muhamad Suhaimi
Muhammad Hariri Bin Ab Rahim
Juruaudit Dalam
Wan Mohamad Rahimi Bin Wan Mat
Juruaudit Luar
AFRIZAN TARMIZI KHAIRUL AZHAR
Lot 2732A Wisma Haminah
Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian
16150, Kota Bharu, Kelantan.